INFAQ PENDIDIKAN PUSAT INTERAKSI KANAK-KANAK & BELIA


Hulurkan Infaq Pendidikan Sebagai Amal Berpanjangan,

Bina Masa Depan Mereka


Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara:
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.”

Infaq pendidikan ini adalah peluang untuk anda menghimpunkan ketiga-tiganya


Membina Ilmu, Menyemai Adab, Melakar Masa Depan

Setiap anak berhak mendapat peluang pendidikan yang baik.
Namun bagi sebahagian anak-anak dan belia, kekangan ekonomi, persekitaran dan sokongan menjadikan perjalanan menuntut ilmu satu cabaran besar.

Melalui Infaq Pendidikan di Pusat Interaksi Kanak-kanak & Belia, anda menjadi sebahagian daripada usaha membina generasi berilmu, beradab demi belia masa depan negara.


Kenapa Infaq Pendidikan Ini Penting?

Pendidikan bukan sekadar pencapaian akademik.

Ia adalah proses membentuk akhlak, keyakinan diri dan hala tuju kehidupan.

Infaq anda membantu:
Memberi akses pembelajaran kepada anak-anak dan belia yang memerlukan
• Menyediakan bimbingan berterusan dalam suasana selamat dan positif
Membina asas adab dan nilai murni dalam kehidupan seharian

Setiap sumbangan adalah pelaburan jangka panjang untuk ummah.



Kemana Infaq Anda Disalurkan?


 Kelas Ngaji 


Pembelajaran Al-Quran dan Iqra’ secara berterusan bagi membina hubungan dengan Allah serta membentuk akhlak yang baik.


 Kelas 3M (Membaca, Menulis, Mengira) 

Sokongan asas membaca, menulis dan mengira untuk membantu anak-anak yang ketinggalan agar tidak terus tercicir.


 Kelas Belajar Bersama 


Bimbingan kerja sekolah dan smart study group, membuat aktiviti bersama-sama dan banyak lagi bagi membina keyakinan diri, disiplin dan potensi masa depan.

Menyediakan ruang pembelajaran berstruktur, sokongan akademik dan bimbingan motivasi untuk belia membina potensi diri dan masa depan.


  Kesan Infaq Anda 


Anak-anak dapat terus hadir ke sesi pembelajaran
Belia mendapat bimbingan dan sokongan positif
Nilai adab dan ilmu disemai sejak awal

Sedikit infaq daripada anda,

besar ertinya buat mereka.



INFAQ SEKARANG!!!!!

Hanya serendah RM10 SAHAJA 


Sedikit bagi kita, besar maknanya buat masa depan mereka.




Sebanyak 16 Pusat Interaksi kanak-kanak & Belia yang akan mendapat manfaat hasil daripada sumbangan anda!

Kami menjemput tuan/puan ke pusat kami jika berdekatan dengan rumah anda untuk menyelami kehidupan anak-anak ini.

Selangor

Sekitar Seksyen 1, Bandar Baru Bangi

PPR Kota Damansara, Petaling Jaya

PPR Kampung Baru HICOM, Shah Alam

Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam

Pangsapuri Desa Mentari 2, Petaling Jaya

Pangsapuri Taman Medan Jaya, Petaling Jaya

Pangsapuri Enggang, Puchong

Kampung Sungai Kajang, Tanjung Karang

Taman Sri Muda, Shah Alam

Negeri Sembilan

Flat UDA Bandar Baru Ampangan, Seremban

Pulau Pinang

Pangsapuri wakaf An-Nur, Butterworth

Pangsapuri wakaf Siti dan Hajjah Norijah, Bayan Lepas

Johor

PPR Kempas Permai, Johor Bahru

Flat Larkin, Johor Bahru

Kuala Lumpur

PPR Desa Tun Razak

Kelantan

PPR Kota Bharu, Kota Bharu

 

Untuk maklumat lanjut boleh Follow, like dan share Sosial Media Adab Youth Garage

Emel: ayouthgarage@gmail.com

Sebarang pertanyaan sila hubungi: Infaq Pendidikan AYG



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Infaq Kelas Ngaji RM10
Infaq Kelas 3M (Membaca, Menulis, Mengira) RM10
Infaq Kelas Belajar Bersama RM10
Infaq Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN