Akaun adabyouthgarage.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.



JOM BANTU ANAK-ANAK ASNAF DAN FAKIR MISKIN KEMBALI KE SEKOLAH



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." 

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)



  


Di AYG kami memberi ruang belajar kepada penduduk Flat khususnya pelajar-pelajar di Flat PPR Taman Medan, PPR Kota Damansara, PPR HICOM dan PPR Ken rimba bersama pekerja belia kami



Walaupun sudah tahun 2022, masih ramai yang tidak mampu membeli pakaian dan peralatan baru untuk ke sekolah. Bukan itu sahaja, pemakanan mereka juga tidak cukup dan tidak berkhasiat yang akhirnya akan membantutkan perkembangan minda dan fizikal mereka.

 

Ramai ibu bapa yang terkesan dengan pendemik. Hilang Pekerjaan, tidak dapat kembali berniaga seperti biasa, hilang modal pusingan dan ibarat jatuh ditimpa tangga, banjir Selangor melanda. Punah segala peralatan rumah, perniagaan Dan segala yang ada...

 

Bersama kita membantu meringankan beban keluarga mereka. Mari kita bantu anak-anak asnaf ini untuk merasai pakaian dan peralatan baru supaya mereka lebih bersemangat untuk ke sekolah.


SEBELUM ITU, SIAPAKAH KAMI?



ADAB Youth Garage berdaftar di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966  di atas nama Persatuan Adab Gemilang (PPM-046-10-15082018). Kami di AYG membangunkan pusat belia dan komuniti setempat atau disebut sebagai RUANG SELAMAT (safe space) untuk membantu belia dan kanak-kanak menghadapi cabaran kehidupan dan kemiskinan bandar. Pusat-pusat ini diuruskan oleh pekerja belia sepenuh masa dan berkonsepkan mesra belia. Kami berharap dapat memupuk dan membangunkan generasi yang bertamadun dan berdikari. Sekarang kami telah mempunyai 6 pusat belia di sekitar Selangor.


SIJIL PENDAFTARAN 



KAMI MEMPUNYAI 6 PUSAT AYG DI SEKITAR SELANGOR, DENGAN MISI

MEMBERI RUANG SELAMAT KEPADA ANAK-ANAK PPR DAN ASNAF



PENCAPAIAN AYG :


Antara pencapaian kami memenangi Community Base Planning Award di MIP Planning Excellent Award 2019  dimana pengiktirafan ini  memberi ruang kerjasama bersama nama-nama besar seperti ETIQA Care, YAPEIM, URBANICE,Yayasan Raja Muda Selangor,Sunway,MBM dan Kerajaan Selangor.


Idea ruang selamat kami ini diangkat dan diiktiraf Alhamdulillah hingga ke beberapa stesen TV dan Radio.



“Kementerian Pendidikan tidak boleh membiarkan murid-murid ini terus berhenti sekolah atas faktor kemiskinan dan ketidakupayaan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN 5 Disember 2021, Utusan Malaysia




KAMI DI ADAB YOUTH GARAGE SUDAH HAMPIR 10 TAHUN MEMPERJUANGKAN ISU PENDIDIKAN ANAK – ANAK KHUSUSNYA KELUARGA ASNAF , MISKIN BANDAR & LUAR BANDAR


BARU-BARU INI JUGA, KAMI TELAH BERJAYA MENYUMBANGKAN HAMPIR 60 BUAH TAB YANG BERNILAI RM60,000.00 DAN SIMCARD PERCUMA KEPADA ANAK ASNAF, MISKIN BANDAR & LUAR BANDAR UNTUK KEGUNAAN PDPR DI 6 BUAH CAWANGAN KAMI.

DATA INTERNET JUGA KAMI BERIKAN SECARA PERCUMA UNTUK SETIAP KEGUNAAN MEREKA.




HASIL DARI SUMBANGAN ANDA AKAN KAMI SALURKAN UNTUK KEPERLUAN ANAK - ANAK INI IAITU:


Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”

(Hadis Riwayat Thabrani)





Anak-anak kita pewaris negara. Jangan biarkan anak-anak kita terus terabai dan tertinggal dalam pendidikan.

Sumbangan anda walaupun kecil tetapi besar makna nya untuk anak-anak kita ini supaya mereka lebih selesa untuk belajar dan menjadi insan yang terbaik untuk mengubah nasib keluarga mereka.



Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:

2124 57600 25793

Persatuan Adab Gemilang

*Sila letakkan reference "BackToSchool" untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan. 

 

Sebarang persoalan boleh atau permasalahan Ketika mengisi borang ini bolehlah terus merujuk kepada:

+60 18-464 5926 ( Afiq Ketua Pengurusan Adab Youth Garage)


Semoga dengan setiap harta dan wang ringgit yang disumbangkan ini membuahkan pahala yang berterusan dan memberi impak yang baik kepada anak bangsa dan negara.



MAKLUMAT TAMBAHAN:

1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : +60 17-987 6334 (Pengurusan Kewangan Adab Youth Garage).

4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos Pengurusan dan Operasi.